Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Wednesday, 13 November 2013

Waris mangsa geng minyak saman polis & kerajaan

gengWaris kepada tiga mangsa yang ditembak mati oleh polis memfailkan saman kepada polis dan kerajaan Malaysia hari ini bagi membersihkan nama mangsa.
Peguam  mangsa, Latheefa Koya, berkata polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan kes itu kecuali menuduh mangsa terlibat dengan jenayah.
“Esok genap ulang tahun ketiga mangsa ditembak mati oleh polis dan tuntutan saman hari ini ditujukan kepada kerajaan Malaysia, Ketua Polis Shah Alam dan beberapa anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan itu.
“Kami tidak menyatakan jumlah saman tetapi berdasarkan ganti rugi teladan yang dikemukakan, jumlahnya boleh dikatakan tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Mangsa, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15; Mohd Hairul Nizam Tuah, 21; dan Muhamad Hanafi Omar, 22, ditembak mati oleh polis dipercayai selepas melakukan rompakan di sebuah stesen minyak di Glenmarie Shah Alam.
Kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mengesan kereta dinaiki mangsa di Jalan Kerjaya iaitu dua kilometer dari stesen minyak tersebut.
Latheefa berkata, sehingga hari ini polis masih belum memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf malah anggota polis yang terlibat masih belum didakwa atas tuduhan membunuh.
Katanya, kes ini dirujuk kepada mahkamah bagi mendapat penjelasan polis berhubung kejadian sebenar.
“Jika dirujuk, ada mangsa yang hanya memakai selipar ketika hari kejadian dan tidak berpakaian seperti penjenayah malah seorang mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan terlibat dengan geng stesen minyak dan terlibat dalam jenayah untuk beberapa tahun.
“Ini satu dakwaan tidak masuk akal dan polis menipu serta berselindung terhadap pembunuhan mangsa. Kami menggesa satu siasatan yang telus dijalankan,” katanya.
Sementara itu, ibu Muhammad Shamil Hafiz, Norhafizah Mad Razali, 39, berkata penantiannya selama tiga tahun hanya mengundang kekecewaan apabila polis tidak meneliti semula kes ini.
“Saya yakin polis cuba sembunyikan sesuatu atas kematian anak saya dan mereka tahu apa yang berlaku ke atas ketiga-tiga mangsa. Saya tuntut keadilan,” katanya yang turut hadir di mahkamah.
Peguam yang turut mewakili mangsa terlibat, Eric Paulsen, berkata tindakan memfailkan saman itu sebagai langkah terakhir selepas satu memorandum dihantar ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta pihak polis yang terlibat disiasat dan digantung tugas.
Katanya, satu Suruhanjaya Aduan dan Penambahbaikan Polis perlu ditubuhkan bagi mengelak kes seumpama itu daripada terus berlaku.
“Tanpa suruhanjaya itu, polis akan terus menjadi kebal dan bertindak sesuka hati dengan menembak tanpa sebarang tindakan dikenakan, menurut sumber The Malaysian Insider.
“Dengan membawa kes ini ke mahkamah, kami akan mendapat jawapan daripada polis kerana mangsa yang ditembak itu hanya ada 20 sen dalam poket mereka,” katanya.
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press