Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Wednesday, 13 November 2013

RM4 juta sehari dibayar kepada syarikat perunding swasta

Harakahdaily,13 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM7.2 bilion dalam masa lima tahun iaitu dari 2009 hingga Oktober 2013, semata-mata membayar kepada syarikat perunding swasta.

Perkara itu dimaklumkan oleh kerajaan dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR- Kelana Jaya) dan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menjelaskan sebanyak RM1,246,817,156.72 dibelanja untuk tujuan itu pada tahun 2009, RM1,632,008,502.20 (2010), RM1,797,658,442.40 (2011), RM1,824,659,329.87 (2012) dan RM721,890,218.56 (Okt 2013).

"Jumalah ini jika diurai, ia menjadi RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Ini merupakan penggunaan hasil kerajaan yang sebahagiannya dijana dari cukai rakyat yang cukup tidak bertanggungjawab," kata kedua-dua ahli parlimen itu dalam satu kenyataan bersama.

Menurut mereka lagi, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 13.5 peratus setiap tahun bayaran kepada syarikat perunding swasta, iaiti dua kali ganda kadat pertumbuhan KDNK negara.

Mereka juga menggesa kerajaan untuk mendedahkan nama-nama syarikat perunding swasta tersebut.

"Trend ini membimbangkan, perunding swasta mengenakan yuran yabg tidak tetap.

"Bagaimana kita tahu kerajaan telah mengupah syarikat-syarikat tersebut pada kadar berpatutan dengan perhidmatan yang disediakan," kata mereka.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat banyak kali membangkitkan isu pembaziran yang dibuat kerajaan dalam bayaran pengambilan syarikat perunding luar.

Ia bukan sahaja dilihat membazir dana negara, malah juga didakwa mengenepikan kepakaran tempatan. 
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press