Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Saturday, 2 November 2013

Bohong, mimpi Sohaimi jadi calon BN – guru agama


JERAI: Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Rozali yang tampil pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini memberitahu hanya terlintas di fikirannya ketika dimaklumkan Sohaimi sebagai calon BN merupakan anak murid beliau dan bukannya bermimpi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan pembohongan yang dilakukan media milik Umno dalam usaha menarik perhatian pengundi.

"Kita kesal dengan politik murahan Umno dalam usaha menarik sokongan pengundi, berita yang menyatakan guru agama bermimpi mengatakan Sohaimi sebagai calon itu satu pembohongan.

"Hari ini Rozali yang merupakan guru kepada calon hadir dengan rela hati menafikan apa yang disiarkan, beliau tak bermimpi tapi hanya terlintas bila dikatakan Sohaimi menjadi calon.

"Mimpi dan terlintas itu jauh sekali maknanya, jangan nak ambil publisiti murahan dalam hal ini dengan harapan untuk menipu pengundi Sungai Limau," jelasnya.

Sementara itu, Rozali dalam kenyataan ringkasnya mengakui menerima kunjungan Sohaimi di kediamannya tetapi beliau tidak pernah mengatakan ada bermimpi.

"Mimpi tak betul, bila orang kata Sohaimi jadi calon saya cuma mengatakan dia anak murid saya itu saja.

"Hanya terlintas bila diberitahu, saya datang ni dengan kerelaan untuk menafikan apa yang disiarkan dan tidak ada orang paksa untuk saya hadir pagi ini," kata beliau.

Akhbar Berita Harian semalam menyiarkan di muka hadapan dengan tajuk "Ustaz mimpi Ahmah Sohaimi jadi calon BN".

PAS yang melihat kenyataan tersebut bukan saja tujuan mengelirukan rakyat tetapi satu tindakan yang tidak wajar diperlakukan terhadap seorang guru agama.
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press