Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Wednesday, 6 November 2013

Blog Boikot Barangan Cina DAP akan disaman Syarikat Ahli Majlis Tertinggi UMNO



Sudahlah racist bodoh pula.. itulah perkataan yang sesuai buat Admin Blog Boikot Barangan Cina yang diujudkan oleh macai UMNO bagi menjalankan gerakan boikot produk berkaitan Cina..

Dalam keghairahan untuk wujudkan suasana benci DAP konon sampaikan desak dan ajak rakyat Melayu boikot barangan keluaran syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat pengeluar bihun terbesar negara produknya juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oelh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Sahadan.


Kini syarikat itu akan ambil tindakan mau menyaman blogger pro UMNO tersebut setelah selesai pemilihan UMNO 2013.


Kempen boikot produk bihun keluaran syarikat KBB Resources Bhd (KBB) telah berjalan agak lama juga tetapi dipercayai kerana pemilihan UMNO maka pihak syarikat hanya memekakkan telinga dan tutup sebelah mata ~ Addin

Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog 

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus. 
Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu. 
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang. 
“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup. 
“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang ~ Berita Harian

Dalam hal ini aku tertanya-tanya kenapa agaknya Berita Harian tidak menyentuh langsung akan status halal produk keluaran Ahli MT UMNO ini.. sedangkan sijil halalnya telah ditarik oleh JAKIM..


Tentang status halal ni sila baca seterusnya di SINI
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press