PETALING JAYA: Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.
Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.
“ Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.
BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.
Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,
Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.
Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Maziah pada hari Rabu kerana esok hari cuti Wesak.
Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
0 comments:
Post a Comment