Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Tuesday, 13 May 2014

'Ahmad Razif MB baru yang tak banyak pilihan'

Dilantik sebagai menteri besar baru Terengganu malam tadi, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tidak mempunyai banyak pilihan.

Jika tidak kena gayanya, bekas exco itu boleh mencatat rekod sebagai menteri besar dengan tempoh perkhidmatan terpendek di negara ini.

Peguam yang mahir dalam bidang perlembagaan Syahredzan Johan (kanan) berkata, dengan komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang, beliau boleh tewas dalam usul undi tidak percaya.

Jika itu, berlaku, tambahnya lagi, menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri atau meletakkan jawatannya bersama-sama barisan exconya.

“Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN,” kata timbalan pengerusi undang-undang perlembagaan Majlis Peguam itu.

Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said awal pagi tadi bersama dua lagi ADUN Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas.

Penentuan luar DUN

Ia ekoran tidak puas hati dengan kaedah pertukaran menteri besar negeri itu. Beberapa ADUN lagi dijangka mengikut jejak langkah itu.

Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam DUN berbanding Pakatan (15) dan bebas (3).

Menulis dalam blognya, Syahredzan berkata, berdasarkan kes Nizar v Zambry di Perak, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.

Menurut kes itu juga, kata Syahredzan lagi, jika menteri besar dan exco tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, jawatan mereka dianggap kosong dengan sendirinya.

“Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN.

“Dan juga mereka sentiasa punya risiko tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN.

“Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang 'havok, havok',” tulisnya lagi.
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press