Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Sunday, 2 February 2014

PRK KAJANG: ANWAR SEDANG MENGGALI KUBUR KARIERNYA

Mengamati suasana politik bermanhaj kepimpinan gaya Rasulullah, membentuk satu pandangan bahawa tindakan PKR dalam percaturan kerusi Kajang yang dianggap sebagai batu loncatan ke kerusi MB sebenarnya bakal menguburkan parti itu dari persada politik tanahair.

Alang Ibn ShukrimunSaya juga yakin kepimpinan PAS menyedari hal ini dan saya rasakan Tuan Guru Presiden bakal mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama memenangkan Anwar dalam PRK nanti.

Kita tengok peristiwa Perjanjian Hudaibiah, di mana musyrikin merangka suatu peraturan baru untuk menghalang islam masuk ke Kota Mekah, dengan syarat-syarat yang jelas berat sebelah. Semua sahabat akui ianya merugikan islam, tetapi Rasulullah berpandangan jauh ke depan. Beliau terima juga syarat perjanjian walau di protes hebat oleh sahabat termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali.

Hasilnya, musyrikin terjerat dengan undang-undang sendiri. Bertitik tolak dari peristiwa itu, Mekah berjaya ditawan tanpa mengangkat senjatapun!

Anwar menganggap cara ini mampu melonjakkan dirinya terus ke kerusi empuk MB. Tanpa dia sedar, tindakan itu bakal mempalit reaksi negatif penyokong dan pendokong PKR sendiri. Keadaan bakal bertambah parah. Bisul dalaman makin membengkak. Anwar sedang meletakkan dirinya bersaing dengan orang bawahan sendiri yang menjatuhkan kalibernya sebagai orang paling berpengaruh dalam PKR.

TSKI bakal bertindak di luar jangka, perancangan bersifat rahsia bakal terbongkar dari mereka yang tidak puas hati dengan pengunduran TSKI walaupun secara terhormat. Akhirnya, Anwar hilang bisa, hilang pengaruhnya.

DAP semakin memandang serong tindakan bersifat peribadi ini yang membelakangi komponen PR lain. Walaupun pemimpin DAP kelihatan akur, itu hanya mujamalah politik. Hakikatnya akar umbi parti itu sangat tidak berpuashati dengan tindakan bodoh meletak jawatan itu. Dalam keghairahan jentera pembangkang memainkan isu kangkung, PKR pula beri modal sate kepada musuh. Dalam semangat keharmonian menyambut tahun baru cina, Anwar menyerabutkan kepala.

Akhirnya rakyat dari jauh memerhati gelagat badut-badut yang membuat pentas politik seperti pentas sarkas itu. Sekali sekala menghiburkan, lama kelamaan membosankan. Pentas itu bukan untuk mereka lagi.

Waktu itu tiada lagi akan bersimpati. Kita hanya perlu membiarkan mereka hanyut di bawa arus perubahan mood rakyat. Adakalanya perpecahan mereka adalah yang terbaik untuk rakyat. Kita hanya perlu thiqah dengan apapun pendirian Presiden.

Percayalah jika benar Presiden meminta kita bantu PRK ini, keputusan itu tidak dibuat atas dasar malu alah atau semata-mata menjaga hubungan dalam PR. Lupakah kita Presiden adalah seorang yang tegas? Dalam isu kerusi bertindih, Presiden tekad untuk tidak mengundurkan 3 wakil PAS menjadi calon termasuk isu Kota Damansara. Hasil ketegasan itu telah menyebabkan PAS memperoleh kerusi terbanyak di Selangor, yang memberi kuasa menentukan MB.

Jangan bimbang reaksi DAP. Mereka kenal siapa ikhlas siapa berpura-pura. Pakatan Rakyat tidak akan tumbang dengan hanya PKR yang berkubur.

RAHMAT UNTUK SEMUA

Muhammad Marwan M.Shukrimun
EXCO DPPKN
2/2/14 Kuala Terengganu
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press