Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.
Pilihanraya umum 1955 diperkenalkan oleh British untuk menyediakan pemimpin-pemimpin sebelum kemerdekaan diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihanraya dibawah tekanan Ordinan Darurat 1948 yang menyediakan iklim intimidasi dan euforia ketakutan ini , UMNO, MIC dan MCA berada dalam satu koalisi yang dikenali sebagai PERIKATAN yang berlambangkan kapal layar. Impaknya seperti diduga , PERIKATAN UMNO, MCA,MIC telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. PAS melalui calonnya Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husain telah memenangi kerusi Krian Perak.

PAS pernah berpakat dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar sehingga pengasas UMNO itu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. PAS , selepas tragedi 13 Mei 1969 telah jemput untuk berada dalam koalisi baru yang dinamakan Barisan Nasional, walaupun telah membayar harga yang mahal apabila segelintir pemimpin dan ahlinya tidak bersetuju dengan tindakan PAS ang dipimpin oleh Dato Asri. Suara vokal PAS yang mula mengendur akibat berada dalam kerajaan campuran, maka anak-anak muda bernuansa Islam menuhuhkan ABIM pada tahun 1971. PAS semasa dalam kerajaan campuran telah melakukan pemberdayaan Islamisasi dalam pentadbiran, antaranya menghapuskan iklan arak di media perdana, laungan azan di media eletronik, mengadakan bulan dakwah, mengaktifkan YADIM dan pelbagai jasa yang masih dikecapi masyarakat negara ini.
Jodoh PAS tidak panjang bersama BN, UMNO tidak pernah jujur bersahabat dan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. BN menaja serpihan yang dikenali sebagai Berjasa dalam pilihanraya umum tahun 1978 dan PAS hilang pengkalan kuasanya di Kelantan. Awan hitam pekat mengarak di dada langit, namun tempohnya singkat apabila ulama-ulama PAS dengan pantas menggerakkan gerakan jihad ta’lim serta pentarbiahan kepada ahli yang agak merosot akibat keputusan teruk
PRU 1978.
PRU 1978.

Langit tak selalu siram, sinar mentari akhirnya memancar terik, berkat dedikasi dan keikhlasan amilin PAS, Allah menghadirkan kekuatan demi kekuatan apabila sistem dokongan PAS mula melebar akibat program pencerahan semakin mengisi ruang masyarakat. Kelompok kelas menengah Melayu semakin bertambah manakala kebejatan pemerintahan regim BN makin dihidu rakyat. UMNO berpecah pada tahun 1987, antara kem Mahathir dan kem Ku Li, menatijahkan lahirnya parti Semangat 46.

Gegaran politik paling dramatik yang berlaku akibat pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, juga menyaksikan lanskap dan demografi politik Malaysia berubah dengan pantas. PAS yang dipimpin oleh almarhum Dato Fadhil Noor telah menguruskan kebangkitan rakyat dengan berkesan, tertubuhnya GERAK, seterusnya pakatan politik pelbagai kaum dan jaringan sivil yang menghantar kejayaan besar PAS dalam PRU 1999.
PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN di seluruh negara dalam PRU 1999. Barisan Alternatif yang menampilkan PAS, Parti Keadilan, DAP memberikan tentangan sengit kepada koalisi BN. Terengganu dan Kelantan diperintah oleh PAS , dua buah negeri yang didominasi oleh orang Melayu .

Pakatan Rakyat tidak pernah sunyi dilambung gelombang, diterjah krisis, disepuh masalah, apatah lagi dengan pelbagai variasi para penyokongnya. Koalisi paling besar pengaruhnya ini dalam sejarah parti oposisi berjaya membentuk kerajaan negeri dan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam PRU 13. Keberadaan PR menjadi kuasa semak dan imbang yang kuat kepada regim BN dan dua blok kuasa politik ini menjadi pilihan rakyat negara ini. PAS dalam sejarahnya melalui pelbagai tajribah politik dalam usaha memenangi rakyat serta salah satu usaha parti Islam ini melebarkan dakwah. Kebijakan politik PAS ini akhirnya juga diadaptasi oleh gerakan Islam di dunia seperti memunculkan MMA di Pakistan, koalisi parti -parti muslim yangtelaah menyatukan Jamiatul Ulama dan Jamiat Islami. PAS tidak pernah mengkhianati rakan pemuafakatannya dalam sejarah, pernah sepi bersendirian, disakiti teman tahalluf siyasi namun harakatul ummah ini dengan jiwa yang besar terus membadai perjuangan. Keikhlasan berteman inilah antara sifir congak paling ampuh mengapa parti Islam ini makin melebar sokongan dan dokongan termasuk kaum bukan Islam.
Hormatilah PAS sebagai temaan pemuafakatan politik, jangan sakiti gerakan Islam ini kerana sejarah menunjukkan PAS tidak pernah rugi dalam berkawan. Parti berbasis aqidah ini mempunyai prinsip dan didokong jutaan manusia, ia terus bergerak dan mara untuk menyampaikan dakwah dan merengkuh sokongan siasah untuk menunjang Syariah dalam tanahair tercinta ini. Tiada madah berhelah, kerana obligasi akhirat adalah matlamat pasti harakatul ummah ini.
( penulis ialah Setiausaha lujnah Dakwah PAS Pusat)

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
0 comments:
Post a Comment