Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Tuesday, 12 November 2013

Sembilan Pemimpin Terengganu Akan Bertanding Peringkat Pusat

KUALA TERENGGANU – Seramai lapan orang pemimpin PAS dari negeri Terengganu yang akan bertanding di peringkat pusat dalam pemilihan PAS yang akan diadakan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Muktamar Agung PAS Kali Ke-59.
abcAhli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik akan menghadapi saingan lima penjuru untuk merebut tiga tempat pada jawatan Naib Presiden PAS Pusat.
Beliau akan mencabar penyandang sedia ada, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayob, selain Ketua Penerangan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah mengesahkan ‘persaingannya’ dalam jawatan nombor tiga itu.
syed azmanEmpat pemimpin lain, Penolong Setiausaha Agong Dr Syed Azman Syed Ahmad, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, masing-masing akan bersaing dalam pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Manakala, dua perantau Terengganu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor dan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat Suhaimi Embong juga akan menghangatkan saingan pertandingan dalam pemilihan AJK PAS Pusat.
MohamadKhairuddinAmanRazali_10012013_tminazirsufari_003_540_356_100Selain itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Abdul Khalil Abdul Hadi yang akan bertanding di peringkat Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM).
Manakala, seorang lagi calon Pemuda Pas dari Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas akan turut bertanding peringkat Pemuda PAs Pusat dalam pemilihan sayap parti itu, 21 November ini.
20131107_114442-1024x718Wan Mohd Faizul yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu menjadi calon tunggal dari negeri ini yang akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPPM dan bakal berentap bersama 26 yang lain bagi mengisi 12 kerusi yang diperuntukkan bagi jawatan tersebut.
“Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Dewan Pemuda Pas kawasan yang mencalonkan saya,” katanya.
d4c35722efe39dd5440965e6bff218c1Sebelum ini, Abdul Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Ketua DPPM yang telah dikosongkan oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ini bermakna, hanya Abdul Khalil dan juga Wan Mohd Faizul menjadi wakil dari Pemuda Pas Terengganu yang bertanding di peringkat Pemuda Pas Pusat.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Faizul berkata, beliau menerima pencalonan untuk mengisi jawatan tersebut atas beberapa faktor terutama untuk menyuburkan demokrasi dalam pemilihan muktamad kali ini.
Ust Nik Mohd Zawawi2Bukan itu sahaja katanya, hasrat untuk bertanding juga diambil selepas mempertimbangkan nasihat sahabat-sahabat dari Pemuda Pas sama ada di peringkat negeri atau Pusat supaya beliau menempatkan diri di peringkat nasional.
Beliau yang pertama kali bertanding jawatan tersebut memberitahu, ia juga sebagai mewakili Terengganu di peringkat Pemuda Pas Pusat.
almaniriJika berjaya menempatkan diri dalam jawatankuasa terlibat, Wan Mohd Faizul berminat untuk berkongsi ilmu dan idea terutama berkaitan sains politik selari dengan pencapaian akademik beliau selaku pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa.
“Saya bukanlah yang terbaik tetapi dengan suburnya kepelbagaian latar belakang calon-calon bertanding akan memberi pilihan kepada perwakilan memilih yang terbaik dari negeri-negeri seluruh Malaysia,” katany
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press