Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Friday, 22 November 2013

Kadir: Mana ada wartawan boleh guna jet biayaan kerajaan seperti Rosmah?

Kadir: Mana ada wartawan boleh guna jet biayaan kerajaan seperti Rosmah?
Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. -gambar fail
KUALA LUMPUR: Peranan wartawan adalah untuk menulis berita dan bukannya menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

Ini adalah reaksi Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan ‘telah mencabar wartawan agar menjadi agen penggalak pelaburan.’

“Saya rasa wartawan dan media massa sudah pun memainkan peranan itu.

“Bukanlah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?

“Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?

“Tumpang sekali sekala tu adalah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau Menteri ajak,” kata Kadir di dalam blognya.

Semalam, Shahidan dilaporkan telah melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kerana menggunakan jet biayaan kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa beliau bertanya kepada para wartawan sebanyak manakah pelaburan yang mereka telah bawa ke Malaysia berbanding Rosmah.

“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu (wartawan) boleh bawa ke Malaysia?

“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma.

“Maafkan saya, awak (wartawan) tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu (wartawan) seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya (Rosmah).

"Pelabur akan takut untuk datang ke sini. Beliau telah membina negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Shahidan telah mempertahankan lawatan Rosmah dengan berkata ia dilakukan kerana jemputan rasmi dari kerajaan Qatar dan Kabinet telah meluluskan lawatan tersebut.

Beliau juga berkataMalaysia harus berterima kasih kepada Rosmahatas lawatan tersebut.

Walaubagaimanapun,  Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, yang mengiringi Rosmah ke Qatar, menafikan kenyataan Shahidan dengan mengakui bahawa jemputan untuk menghadiri sidang kemuncak di Qatar disampaikan kepada Rosmah atas kapasiti peribadinya dan bukan kepada kerajaan.

Azalina juga menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan penggunaan jet peribadi untuk perjalanan itu dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 10 Nov, Rosmah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di negara itu.

Isnin lalu, lawatan itu menjadi topik perbincangan hangat di Parlimen selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan perkara itu.

Mereka bertanya, adakah Rosmah layak menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan dan adakah beliau layak mewakili kepentingan negara di peringkat antarabangsa kerana beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya isteri perdana menteri.

Sebagai balasan, Shahidan semalam menegaskan bahawa Kabinet memutuskan Rosmah boleh menggunakan jet itu kerana beliau mewakili negara atas urusan rasmi.
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press