KUALA TERENGGANU– Walaupun selepas 56 tahun merdeka,Malaysia masih tidak mengecap keamanan
sebenarnya&keselamatan
negara masih digugat ancaman keselamatan.Pewartaan Ordinan Darurat(EO) dari 1948 hingga 1960
membuktikan kacau ganggu
pasca merdeka,dan sehingga kini ‘ketakutan’ rakyat ditambah lagi dengan pelbagai pelbagai episod jenayah dan tragedi hitam.

Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sepanjang tahun 2013 menyaksikan pelbagai ‘titik hitam’ jenayah menghiasi sketsa kehidupan rakyat di negara ini. “Seakan negara ini seperti sebuah rimba dengan undang- undang ‘draconian’, di mana undang-undang sedia ada tidak mampu mencegah kejadian jenayah dan mendidik pelaku jenayah,”ujarnya.
Beliau berkata, puluhan kes jenayah profil tinggi yang direkodkan sepanjang tahun ini. Antaranya kes-kes jenayah berat ‘tembak dan bunuh’ seperti kes pegawai kastam, Datuk Shaharudin Ibrahim, kes Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi dan, dan yang terbaru, kes bunuh seorang pegawai bank dan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang. “Keadaan yang meruncing ini menggambarkan seolah-olah Malaysia ini ‘negara koboi’ seperti yang ditonjolkan dalam filem klasik barat, “jika dibuat pemerhatian, hanya beberapa tindakan susulan yang tidak konstruktif diambil kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Sebagai contoh, RUU Pencegahan Jenayah (PCA) pindaan 2013 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah juga pindaan 2013,”jelasnya dalam satu kenyataan media. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan, walaupun undang-undang seperti Ordinan Darurat (EO) dan ISA telah dimansuhkan, PCA yang dipinda itu ternyata adalah ‘klon’ yang sama cuma ‘versi’nya berbeza. Bahkan, malangnya kata beliau, sehingga hari ini, walaupun dibuat pindaan terhadap PCA, namun ia dilihat masih tidak berkesan bagi membanteras kejadian jenayah yang berleluasa.
Oleh itu, katanya, fenomena yang meruncing mendesak kita untuk kembali berfikir tentang sejauh mana keperluan dan kesungguhan kerajaan mahu melaksanakan hukum Islam khususnya dalam aspek jenayah , melalui peruntukan undang-undang hudud dan qisas serta ta’zir. Justeru, kata beliau, satu- satunya tindakan yang paling bijak sepatutnya pihak kerajaan harus serius untuk melaksanakan hudud dan bukan memberi aneka alasan untuk mengelak.
Menurutnya, jangan bersifat sombong dan bongkak kerana perundangan Islam yang sifatnya ‘nakaalan min Allah’ atau pencegahan dari Allah adalah solusi terbaik. “Kerajaan pusat harus mencontohi kerajaan negeri Kelantan yang serius tentang pelaksanaan hudud melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993.
“Sumbangan para pimpinan PAS di awal pentadbiran negeri seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato’ Nik Amar dan yang lain harus dijadikan manual sebagai tindakan untuk serius kembali menjadikan negara ini benar- benar aman,”katanya

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
0 comments:
Post a Comment