Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Sunday, 10 November 2013

Guru Dan Isteri Maut Dalam Nahas Di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 9 Nov (Bernama) -- Sepasang suami isteri maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini pagi tadi.

Jurucakap polis berkata kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari Pasir Putih, Kelantan ke Kuala Terengganu sebelum kereta mereka bertembung dengan sebuah Honda CRV yang datang dari arah bertentangan.

Katanya akibat kemalangan itu mangsa Khadi Saari, 53, guru di Sekolah Kebangsaan Tenang Besut tercampak keluar dari kereta Perodua Viva yang dipandunya.

"Isterinya Rohani Yusof, 49, turut tercampak kurang 10 meter ke seberang jalan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala kereta mereka remuk teruk.

Pemandu Honda CRV tersebut yang berumur sekitar 50-an pengsan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Menurut rakan mangsa Che Manan Ali, 46 (Gambar Bawah), kedua-dua pasangan itu mula menjalankan perniagaan produk kesihatan kira-kira dua tahun lalu.en manan2

"Pasangan ini diminta memberi ceramah seminar keushawanan berkaitan produk kesihatan yang dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 9.00 pagi tadi," katanya ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA


Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press