Pemerintah ‘Central Equatoria’ Minta Bantuan Yayasan Amal Untuk Program Air Bersih Rakyat

“kami bagi pihak Gabenur dan rakyat wilayah Equatoria Tengah menyokong penuh usaha Yayasan Amal Malaysia bersama Majlis Umat Islam (Islamic Council) mengadakan program menyembelih lembu korban untuk Eidul Adha,

Pemerintah Equatorial Tengah bukan sahaja memberikan sepenuh kerjasama dalam soal kebajikan dan kemanusiaan bahkan beliau beliau menawarkan bidang-bidang perusahaan dan pengeluaran serta pembinaan infrastruktur.
Katanya, Sudan Selatan sebuah negara yag baru yang belum mempuyai kemudahan awam jalan raya dan jambatan serta tidak ada kilang-kilang pegeluara barangan dan makanan.

“kami memerlukan rakan kongsi untuk membangunkan wilayah ini dan mengalu-alukan pihak saudara dan rakan-rakan lain dari Malaysia yang, sekiranya mahu mengusahakan projek-projek dan cadagan untuk pengeluaran dan pemindahan teknologi,”jelasnya.
Manate berkata demikian ketikamenutup ucapannya dalam kunjungan hormat delegasi Yayasan Amal atas jemputan pejabat Gabenur di kompleks pejabat Gabenur di bandar ini, pada Selasa 17 Oktober.

Selain di hospital Kanak-kanak al-Sabah, pasukan perubatan Yayasan Amal turut mengadakan program perubatan yang sama di kawasan kejiranan Malakia di tengah bandar Juba.
Disamping itu, Haji Hussin berjanji akan cuba mendapatkan bantuan sumbangan, derma dan sedeqah dari rakyat Malaysia bagi membantu umat Islam di Selatan Sudan khususnya dalam pembinaan masjid-masjid baru dan menjalinkan usahasama mendapatkan bantuan pembiayaan bagi para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Setiausaha Agung Majlis Umat Islam Salah Rajab Bunduki dan seluruh ahli-ahlinya serta koordinator Misi Yayasan Amal di Sudan Selatan, Alison Barabas Yacub, yang memberikan kerjasama kepada Yayasan Amal dalam menjayakan Misi Khidmat Sosial dan Kemanusiaan di negara itu.
Misi Yayasan Amal bersama 18 sukarelawan pelbagai bidang ke negara yang baru ditubuhkan itu, bermula pada 13 Oktober lalu dan akan berakhir pada Ahad 20 Oktober ini.
Kenali Sudan Selatan:
Republik Sudan Selatan, atau Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan negara-negara seperti Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Republik Sudan di utara. Republik Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.
Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang mana hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
0 comments:
Post a Comment