Walaupun
gagal dalam percubaan merebut salah satu daripada tiga jawatan naib
presiden Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berjanji akan terus memberi
sumbangan kepada agenda transformasi parti itu.
Mukhriz,
yang juga menteri besar Kedah, berkata beliau masih boleh menyumbang
atas kapasitinya sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.
"Saya tidak fikir dengan keputusan ini, saya hilang secara tiba-tiba daripada arena politik.
"Ia
adalah menjadi harapan saya bahawa presiden parti (Datuk Seri Najib Tun
Razak) boleh mempertimbangkan saya untuk kedudukan dalam Majlis
Tertinggi supaya saya boleh menyumbang ke arah memastikan pencapaian
yang lebih baik dalam pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya.
Mukhriz
berkata demikian kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
awal hari ini selepas memberikan saingan sengit kepada penyandang Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum kalah dengan 91 undi berbanding
100 oleh Hishammuddin.
Keputusan rasmi pemilihan jawatan tiga
Naib Presiden diumumkan pada pukul 1.40 pagi dengan Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Hishammuddin mengekalkan
jawatan masing-masing untuk penggal 2013-2016.
Mengulas
lanjut mengenai pertandingan sengit itu, Mukhriz berkata beliauberpuas
hati dengan keputusan itu kerana ia memberikan keyakinan baharu terhadap
masa depan politiknya.
"Saya terkejut dengan apa yang saya
dicapai memandangkan saya terpaksa bersaing dengan penyandang di sebalik
sikap pesimis dalam kalangan beberapa pihak mengenai pencalonan saya.
"Pertandingan
ini sangat sengit. Saya menyerahkan kepada Allah dan menerima keputusan
ini sebagai satu rahmat yang terselindung," katanya.
Mengenai
rancangan masa depannya, Mukhriz berkata: "Saya mempunyai tugas
mengurus yang amat penting dalam pilihan raya kecil...yang amat penting
untuk kita. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan
mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Isnin ini."
Pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan 4
November ini berikutan kematian wakil rakyatnya Tan Sri Azizan Abdul
Razak, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan Rabu ini sebagai hari penamaancalon dan
pengundian pada 4 Nov. DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih
berdaftar.
- Bernama
Sunday, 20 October 2013
Mukhriz harap presiden timbang kedudukannya dalam MT
7:13AM Okt 20 2013

Unknown
Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment