Menerima Watikah Perlantikan sebagai Ahli JKMR SPRM dari Yang di-Pertuan Agong
Pada 28 Oktober
2013 – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Fauzi Abdul Rahman telah
menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai
Rasuah (JKMR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), daripada
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni
Al-Marhum Sultan Badlishah, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut menerima watikah perlantikan sebagai ahli JKMR adalah;- Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang
- Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Brodi
- Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw
- Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Irmohizam Ibrahim-
- Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan
- Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.
Selain Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Tan Sri
Abu Zahar, Dato’ Irmohizam, Dato’ Takiyuddin dan Senator Mohamad Ezam
dilantik untuk kali pertama menganggotai JKMR. Selepas majlis
perlantikan, ahli-ahli JKMR beramah mesra bersama Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim dalam satu majlis jamuan ringkas.
Pada sidang media sejurus selepas itu,
Dato’ Fauzi Abdul Rahman menegaskan peri pentingnya pendefinisian rasuah
yang tepat dan jelas memandangkan garisan sempadan antara hadiah dan
rasuah adalah sangat nipis. Beliau juga sepakat dengan ahli-ahli JKMR
yang lain – untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik
mungkin bagi memperbaiki dan mengangkat imej negara sebagai negara yang
tidak rasuah.

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com
0 comments:
Post a Comment