Lebih Laju Dari Pemberita

Dapatkan Penawar Buasir / Kencing Manis / Buah Pinggang di dRusila Store, Bangunan PAS Marang, Depan Masjid Rusila 21080 Marang, Terengganu - Layari : http://luvurl.com/rusila atau 0199105222 atau fb.com/kelatedaily

Pengumuman:

Sebarang Sumbangan sila salur akaun Maybank admin(Mahadi Che Haron) 112080586371 - sms ke 019910 5222



Tuesday, 22 October 2013

Anak syarikat Petronas disaman RM260 juta

Syarikat pembuat motosikal berkuasa tinggi Malaysia yang baru berkembang memfailkan tuntutan saman RM260 juta terhadap satu anak syarikat Petronas berikutan berlakunya kemungkiran kontrak dalam kerjasama penjualan motosikal lumba yang sudah rosak.

Dalam tuntutan itu, turut dinyatakan hampir 130 motosikal berkuasa tinggi yang disembunyikan, dikenali sebagai Petronas FP1 serta pelan induk dibangunkan dengan kos jutaan ringgit tetapi kemudian disimpan dalam stor di Malaysia sebelum dijual kepada Momoto Sdn Bhd menerusi tender pada 2011.
Momoto berkata, pihaknya kemudian mendapati bahawa defendan, Petronas Technical Services Sdn Bhd, tidak mempunyai permit import (AP) untuk membawa masuk motosikal berkuasa tinggi dari United Kingdom itu.

Dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan Momoto mendapati defendan tidak membayar duti Kastam dan Eksais berjumlah RM29 juta bagi 129 motosikal berkuasa tinggi itu.
Momoto, syarikat dengan modal berbayar RM2.5 juta menyertai perjanjian dengan Petronas Technical Services pada Mac 2011 dan kemudiannya membayar jumlah penuh pembelian 129 motosikal berkuasa tinggi dan alat ganti daripada defendan.

Antara lain yang termasuk dalam perjanjian itu ialah tugasan rekaan paten dan industri.
Momoto yang memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Julai lalu, berkata kenyataan tuntutannya menyatakan bahawa siasatan pihaknya mendedahkan Petronas Technical hanya mendaftarkan dua motosikal berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan tidak ada AP untuk kedua-dua kenderaan itu.

Ogos lalu, Kastam Diraja Malaysia menyita 129 motosikal daripada Momoto atas kesalahan duti eksais tidak berbayar dan motosikal berkuasa tinggi itu tidak mempunyai AP.
Share it Please

Unknown

Dapatkan Produk Sunnah - Jus Delima Organik YMR, Olive Oil Tapisan Pertama Olive House, Jus Alkaline Himax5, Agen Topup eReload, Pemborong Simpack Tone-Excel, Jamu Susuk Dara, Air Minuman GAU - 0199105222 / email: kelatedaily@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MRGKini. Designed by Templateism | Love for The Globe Press